TOPIK
6: IKAN HIASAN
PENGENALAN
1. MENGENAL
PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .
Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
2. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk
makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan
kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai
untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah
seperti ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :
1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman
2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik
3. Untuk memberikan ketenangan perasaan
4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan
5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik
1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman
2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik
3. Untuk memberikan ketenangan perasaan
4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan
5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik
TOPIK 6.1 PENYEDIAAN BEKAS
4. PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN BEKAS AKUARIUM
5. MENYEDIAKAN AKUARIUM DAN MENGHIAS AKUARIUM
No comments:
Post a Comment