Reka Cipta



            UNIT 1     KREATIVITI  DAN  REKA  CIPTA

Pengenalan


Pelajar telah belajar cara membuka dan memasang set binaan pada tahun empat. Dalam tahun lima pula, pelajar akan belajar cara membuka dan memasang kit model serta mempelajari system pergerakan kit model tersebut.

Matlamat ( Sasaran)
Kurikulum Reka Cipta bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Pelajar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara melalui penghasilan sesuatu reka cipta.

Objektif
1. Berfikiran kreatif, inovatif dan inventif
2. Peka terhadap masalah persekitaran
3. Boleh mereka cipta sesuatu barangan
4. Peka terhadap teknologi semasa




A. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk

Kit model terdiri daripada komponen- komponen yang boleh dicantumkan sehingga menjadi satu model yang lengkap. Terdapat pelbagai jenis kit model di pasaran. Antara contoh kit model tersebut adalah seperti yang berikut:



(i) Membuka dan memasang kit model

  •      Alatan tangan













  •       Komponen Kit Model

     Kit model kereta




      Fungsi komponen



 






 (ii) Memasang kit model semula 






  Sistem pergerakan kit model







B. Penyelesaian Masalah

Sebuah meja telah digunakan untuk meletakkan buku di dalam kelas Badrul. Meja tersebut diletakkan di sudut bacaan. Dia mendapati meja tersebut tidak stabil dan melendut. Selaku Ketua Sudut Bacaan di kelasnya, dia perlu menyelesaikan masalah tersebut.





Situasi di atas merupakan masalah yang biasa berlakunya di dalam kelas. Masalah merupakan suatu situasi sukar yang perlu dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Seseorang itu perlu berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menyatakan masalah tersebut dalam bentuk catatan atau pernyataan.



(i) Pencetusan dan penjanaan idea kreatif melalui projek    eksperimental

Mengenal pasti masalah
Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita menghadapi masalah dan sukar untuk menyelesaikannya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan menyatakannya dalam bentuk pernyataan atau catatan.



Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dikenal pasti, beberapa cetusan idea perlu difikirkan. Hal ini dilakukan untuk menghasilkan produk yang baik. Proses penyelesaian masalah bermula dengan mencetuskan pelbagai idea kreatif. Penjanaan idea pula berlaku setelah idea dicetuskan. Yang berikut ialah contoh penjanaan idea bagi menyelesaikan masalah meja yang melendut.


Membuat catatan dan lakaran
Idea yang terhasil boleh dinyatakan dalam bentuk lakaran. Pelbagai lakaran yang dihasilkan membolehkan kita memilih lakaran yang terbaik. Kita juga boleh menggabungkan beberapa lakaran tersebut. Hal ini menyebabkan kita membuat keputusan yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.





(ii) Menterjemah idea kepada bentuk 3D

Lakaran yang terbaik akan menjadi panduan untuk membina projek tersebut. Lakaran ini memberikan maklumat tentang rupa bentuk, saiz, cara membuat dan sebagainya.


Memilih lakaran akhir projek eksperimental
Untuk memilih lakaran yang terbaik, perlulah mengikut beberapa langkah seperti carta aliran di bawah:



Merancang pembinaan projek
Setelah memilih idea yang terbaik, perlulah merancang untuk membina projek, seperti yang berikut:

Ss
(iii)           Membina projek eksperimental

Langkah membina projek eksperimental

Projek: Membina model meja


1. Kenal pasti lakaran yang dipilih.


2. Terjemahkan lakaran yang diplih kepada bentuk 3D.


3. Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.

4. Bina projek eksperimental berdasarkan lakaran.


5. Uji projek eksperimental tersebut.


(iv)           Mempersembahkan projek eksperimental

Pada akhirnya, projek eksperimental tersebut boleh dipersembahkan kepada orang lain. 



C. Pendokumentasian

Keperluan pendokumenan dalam buku idea
Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid. Ia mengandungi maklumat tentang projek yang dihasilkan. Boleh digunakan sebagai:
(i)            Buku ciptaan
(ii)          Bahan rujukan
(iii)         Rekod maklumat projek

(iii)          Membina projek eksperimental




Mengumpul dan merekod maklumat
Semua lakaran dan maklumat yang berkaitan dengan projek yang dihasilkan perlulah didokumentasikan. Maklumat tersebut boleh dikumpulkan dan direkodkan secara sistematik.
Maklumat tersebut boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


Membuat buku idea
Setelah mengumpulkan semua maklumat projek yang dihasilkan, kita boleh membuat buku idea. Contoh maklumat yang perlu ada dalam buku idea ialah:





















4 comments: